Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut,
42800 Tanjong Sepat,Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon/fax: 03-31481233

::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling ::: ::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling ::: ::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling :::

Mari Sertai Kami...

Video Minggu Ini

Friday, 26 August 2011

3 Perkara Bahaya Apabila Anda Tidak Bermotivasi


3 perkara yang mungkin akan terjadi adalah…
1. Anda rasa malas, rasa selesa.
Apabila Anda tidak ada motivasi, Anda akan dikuasai rasa malas. Malas mahu berusaha memperbaiki hidup, malas menambahbaik pencapaian, malas mempelajari ilmu baru. Kesannya, Anda tidak berjaya mencapai apa-apa. Anda rasa selesa dengaan keadaan sedia ada. Malas nak mengubahnya. Anda tidak ada matlamat untuk pergi lebih jauh. Malas adalah racun bagi orang yang mahu berjaya.
2. Anda cuba jatukan orang bermotivasi.
Apabila Anda tidak bermotivasi, Anda akan rasa kurang senang melihat orang bermotivasi sebab Anda akan rasa muak. Anda rasa nak jatuhkan dia. Anda dengki melihat dia cukup bersemangat. Anda akan rasa puas hati melihat dia jatuh. Kenapa? Sebab Anda tidak mahu ada orang menjadi lebih hebat daripada Anda. Biarlah dia sama dengan Anda atau jauh ketinggalan berbanding Anda.
3. Anda akan ketinggalan.
Orang lain dah sampai ke bulan, Anda baru sampai ke tanah di pinggiran rumah Anda sebab Anda tidak bermotivasi. Orang lain dah bina bangunan tinggi, Anda baru bangun di kala matahari tengah meninggi sebab Anda tidak bermotivasi. Kenapa begitu? Sebabnya, Anda tidak bermotivasi. Anda tidak ada inspirasi. Anda tidak ada dorongan untuk merubah hidup, merubah kewangan, merubah taraf kehidupan Anda.
Nampak tak kesan dari sikap tidak bermotivasi? Inilah 3 kesan bahaya apabila Anda rasa tidak bersemangat. Apabila Anda sudah tidak bersemangat, Anda sendirilah yang akan merasai kesusahan kesan dari sikap malas Anda, kesan dari sikap tidak bermotivasi Anda.
Tiap kali Anda merasa malas, jangan cuba lawan.
Usah lawan malas. Anda akan kalah.
Sebaliknya, berusahalah jadi orang rajin.
Rajinkan diri membaca, rajinkan diri membuat aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan untuk Anda mencapai matlamat Anda. Rajinkan diri membaca matlamat-matlama Anda supaya Anda ada fokus.
Jadilah orang rajin!

No comments:

Post a Comment

Anda Punyai Masalah? Kami mengalu-alukan kedatangan Anda dengan penuh mesra. Boleh berjumpa kami di Unit Bimbingan Kaunseling SMK Batu Laut atau emailkan masalah anda kepada kami.
Guru Kaunseling : Mummy
Email : sitiumidah@yahoo.com

Guru Kaunseling : Pak Su
Email : paksu_arif@yahoo.com

Jangan segan jangan malu.. Kami sedia membantu..

 

Zon Hiburan