Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut,
42800 Tanjong Sepat,Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon/fax: 03-31481233

::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling ::: ::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling ::: ::: 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling :::

Mari Sertai Kami...

Video Minggu Ini

Monday, 22 August 2011

Tip Mengatasi Tekanan Minda



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt…
Di dalam dunia yang serba pantas dan mencabar ini, manusia secara tidak langsung telah didorong untuk bekerja dengan lebih kuat agar lebih produktif, kompetitif dan sentiasa maju ke hadapan. Ini menimbulkan rasa ketegangan dan tekanan dalam minda dan jiwa. Akibatnya manusia akan merasa rendah diri, hilang pertimbangan, luruh keyakinan, tidak bersemangat, mudah dirundung gelisah,kesedihan dan mengalami kelesuan. Beberapa usaha berikut dapat mereda ketegangan yang dihadapi, antaranya :
1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan/tanggungjawab anda;
Akui kekuatan dan kelemahan diri. Sentiasa berfikiran positif. Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan. Memupuk sikap seronok bekerja/belajar.
2. Merancang kerja anda;
Kendali masa anda dengan baik. Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh. Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah. Mengagihkan kerja dengan baik.
3. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah;
Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya. Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. Ambil tindakan secara wajar.
4. Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar;
Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku. Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda. Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.
5. Amalkan komunikasi yang berkesan;
Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. Luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas, dan jelas. Hormatilah pandangan rakan anda.
6. Semaikan semangat bermasyarakat;
Jalinkan persahabatan dengan rakan-rakan anda. Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah. Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai. Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
7. Amalkan cara hidup sihat;
Luangkan masa untuk berehat dan bertenang. Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi. Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah. Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.
Wallahu A’lam….

No comments:

Post a Comment

Anda Punyai Masalah? Kami mengalu-alukan kedatangan Anda dengan penuh mesra. Boleh berjumpa kami di Unit Bimbingan Kaunseling SMK Batu Laut atau emailkan masalah anda kepada kami.
Guru Kaunseling : Mummy
Email : sitiumidah@yahoo.com

Guru Kaunseling : Pak Su
Email : paksu_arif@yahoo.com

Jangan segan jangan malu.. Kami sedia membantu..

 

Zon Hiburan